Monday, September 7

NAF : HIPPOPO BABY SPA & WELLNESS, QUEENSBAY MALL

Yayyy dah berjaya bawak Adriana pergi spa. Wahh spa gitteww. Mommy dia pon last pergi spa masa before kahwin dulu tau. Gila bapak lama dah tak p spa, tak p facial okay. Memang dari awal-awal haritu dah cakap dekat Apit yang nak bawak Adriana pergi jugak Hippopo ni. Sebab macam best ja bawak baby pergi tempat macam ni. Haha. Cuma tunggu masa sesuai ja nak p masa berapa bulan, hehe.


Kebetulan hari Sabtu haritu Apit cuti. Sesaja dia ambik cuti, hihi. So, ada masa la nak keluar breakfast together. Malam sebelum tu bila Apit bagitau dia cuti and tanya nak p mana, aku terus teringat nak p Hippopo lah. Hee. Lepas breakfast terus balik rumah dulu sebab bawak mek Adriana keluar breakfast tak mandi, huahuahua! Lagipon dia mengantok, kerja nak tidoq ja mek tu. Balik tu bagi dia tidoq dulu. Lepas dah bangun baru bagi mandi and terus keluar. 




Hippopo Baby Spa & Wellness ni dekat Queensbay Mall. On the way ke Qbay ni aku dah cuba bagi Adriana tidoq dalam kereta, sebab memang dia akan tidoq lepas mandi. Memang dah lepas mandi akan lapar dan mengantok. Tapi dia dok main-main pulak, sat pejam mata lepastu celik and gadoh nak angkat kepala tengok luar. Ish ish. Aku dah boleh predict mesti dia akan buat perangai sebab mengantok hahahaha. Sebab dia tak tidoq lepas mandi tu. 


Sampai ja Qbay terus cari Hippopo. Aku ingatkan dekat level atas 3rd floor, rupanya bila aku search balik dekat website dekat 1st floor. Ciss. So turun ke 1st floor cari la, siap tengok map tu lagi haha tapi tak nampak pulak lot number kedai dia dalam tu. So, jalan jela cari. And nampak sign board dia. Ke dalam rupanya, dia ke belakang. Satu level dengan Daiso, Royal Sporting. Kiranya Hippopo ni dekat tengah-tengah tapi kena masuk ke belakang lot-lot kedai yang kita lalu biasa tuh. 


Aku rasa Adriana memang tak ada la kan perasaan excited, mommy dia ni yang excited nak tengok reaction dia swim and massage hikhikhok. Before decide nak bawak Adriana awal-awal dulu, aku dah tengok pon dekat website Hippopo ni. Harga not bad la, sesuai la dengan tempat macam tu kan? Aku ambik yang single session. Ambik Swim + Massage. 



Single session : Swim, 30 minutes = RM 48
Single session : Massage, 30 minutes = RM 38

Total : RM 86 


Aku terus walk in, tak call untuk buat appointment pon, hihi. Main redah ja. Bila staf situ check, ada available pukul 2.30 ptg. Kebetulan masa tu dah pukul 1.45 ptg. So lepas book tempat kami keluar jalan-jalan. Masa jalan-jalan dah nampak dah ni Adriana dok buat perangai nak bebai. Aku dah bagi susu dah dekat dia. Okay la sikit. 

Sampai masa terus masuk balik ke Hippopo. Staff situ explain la pasal facility dan package yang aku ambil tu. And then dia bawak Adriana ke tempat untuk massage tu, dia exercise Adriana dulu. And then bukak baju nak bagi masuk pool. Swim diaper depa sediakan. Memang dah ada sekali dalam package. 

Esok, 8 Sept baru Adriana cukup 6 bulan. Tapi aku register dia memang as 6 bulan dah la. Sebab berapa hari ja lagipon kan. Hehe. So, 6 months and above akan masuk dalam pool besar tuh. And if newborn - 5 months masuk pool kecik sebelah tu. And if nak private, ada 2 bilik private. Pool private la, in case kita nak anak kita ja kan dalam pool tu. Kalau ambik bilik tu tak silap aku add charge RM20-RM25. Aku rasa dekat sini dia bukan ikut umur tapi ikut weight, minimum weight 4.5 kg. So, kalau baby tu even baru 2 / 3 months tapi weight dah over min weight tu dah boleh la bawak p sini. 


Mula-mula staf tu pasangkan neck float dekat Adriana macam dalam gambar atas ni. Tapi dia dah cakap if baby tak selesa depa akan tukar ke float biasa tu. Tapi aku tengok pon tak selesa, heheh. Lepastu Adriana dah bunyi dah sebab dia tak selesa and terkejut sama la kot tetiba badan dalam pool. Hikhok. 




Lepas tukar ke float biasa baru mood dia okay balik. Happy sebab selesa. Boleh kepak tangan. Coih berlagak sangat. Dalam pool tu ada lagi seorang masa tu, baby boy. Baby boy tu steady ja dok dalam tu, macam teruja ada macam tak ada perasaan ada. Baik jaa, hehe. Tapi Adriana, mood dia okay sat ja lepastu terus seperti gambar di bawah hahaha! :p 




Apaaaa la, buat malu dekat marka jaa menangis dalam tuh. Staf tu tanya dah bagi susu ka, aku cakap baru ja lepas bagi lepas keluar dari sini buat appointment tadi. So, dia tanya ada pacifier tak. Adriana memang tak hisap pacifier. Tapi aku ada beli spare, in case time dia mengamuk or if keluar dia tidur dan nak bagi dia nyenyak sikit. Selalu dia akan terlena sambil nursing, memang dia tak akan tertidur if bagi susu botol. So, kalau keluar memang aku akan bagi susu botol dan lepastu aku bagi bf just untuk bagi dia ralet sampai terlena jaa. Hehe. Kalau dekat rumah takpa la boleh biar sampai dia terlena bebetul, tapi kalau dekat luar aku akan bagi dia tidoq dan slow-slow aku masukkan pacifier. Hahahah taktik! Aku akan tarik balik pacifier bila dah nyenyak. Perangai Adriana unpredictable sikit tambah lagi time dia mengantuk. Wohhh boleh menangis nak kelaur anak tekak okay! Hahaha. Padahal perut dah kenyang, cuma tinggal nak tidoq ja tapi saja tahan mata. Ishh budak ni! 



Sebab sangat-sangat la jarang bagi pacifier, so dia pon bukan reti hisap sangat. Hisap sat lepas tu terlepas. Dah macam tu, dia menangis lagi. Haha. Terus staf tu suruh aku buat susu ja dekat dia. Macam princess sangat berendam dalam pool lepastu orang bagi susu, cisss! Siap staf tu tahan towel lagi belakang kepala tu, mengada sangat uolls! Selamat jugak dia memang jenis minum susu campur, minum fm and direct bf. Aku memang akan prepare susu, air panas and air masak if keluar. So, boleh jela buat and bagi terus macam ni. Kalau tak kena angkat and bf dulu la nampak gayanya, hihii.


Dah kenyang lewtewww. Tapi still jugak dok bunyi-bunyi lagi. Jenuh acah and pujuk. Bola-bola tu kerja daddy dia la tu, nak acah nak bagi dia ralet main. Asal pegang ja semua benda nak masuk mulot. Haippp! 


Masa ni dah cool dah sikit, dah rileks dan boleh adapt kot. Haha. Dah boleh tolak jauh sikit biar dia main. Dah boleh capai dah toys dekat tepi-tepi tu nak masuk mulut. Hihi. Ada masanya pool ni air dia macam biasa ja, and certain time depa akan pasang macam kita duduk dalam jakuzi. Air dia pon okay suam-suam nice ja :) 



Little princess chillin yawww! 


Dah nak habis session baru nampak muka dia enjoy and rileks. Dah boleh senyum bila acah. Coihhhh dah nak habis baru nak happy. Apaaa la Adriana ni, hahaha! Tapi bukan Adriana ja macam tu, ada lagi baby lain yang menangis jugak masa dalam tuh hahaha! Lepas habis swimming, staf situ akan angkat dan bawak ke tempat awal tadi and keringkan dan start massage. Jengjengjeng, masa nak massage ni aku rasa Adriana dah mengantok tahap tak boleh kawal dah. Sebab dia dah mengamuk menangis balik. Hihihi. Before staf tu massage, dia tanya aku nak guna massage oil biasa or organic oil. Both oil memang sesuai untuk bayi even kalau bayi masukkan tangan dalam mulut pon, still safe. If nak guna organic oil kena bayar RM5 lagi. So, aku pilih nak guna organic oil. Bau wangi sebab memang scented oil yang tu, kalau massage oil tu yang biasa ja. Masa staf ni massage memang Adriana asyik bunyi jaa. Puas laa dok acah-acah bagi main toys, bagi bunyi musical toys. Hahahaha lawak betoi laa. Finally siap jugak. Tapi aku rasa staf tu buat setakat yang dia mampu buat jela sebab Adriana dah mengamuk kan, hehe! 


Dah habis, keluar ja dari spa tu aku duduk dekat kerusi depan tu and nursing. Sebab nak bagi susu botol dah baru sangat lagi. Mengamuk jugak la mula-mula tu, tapi zassss lepas tak sampai 5 minit dah lelap. Hahahahah kesian anak oiii. Tu la nak bagi tidur awal-awal takmau! Kan dah mengantukkkk! Hihii.



Aku rasa macam nak repeat lagi nanti. Tapi tunggu dulu nanti-nanti bila nak dekat setahun ke kan. Max boleh masuk situ sampai 3 years ya. 


Okay, that's all!
Bye. 


No comments: